Kitaran haid: maklumat asas
Seorang bayi perempuan yang baru lahir mempunyai sehingga 450,000 telur tersimpan dalam ovarinya. Apabila dia mulai haidnya antara umur kira-kira 10 hingga 14 tahun, satu daripada telur-telur ini akan matang setiap bulan. Telur dibebaskan dari ovari dan ditangkap oleh hujung tiub fallopio yang bercabang-cabang seperti pakis, yang menggerakkan telur hingga sampai ke uterus (rahim) dengan menggunakan gerakan lembut beralun.Jika telur disenyawakan oleh sperma dalam perjalanannya, ia akan menanamkan diri sebaik sahaja ia sampai ke rahim dan membesar menjadi bayi dan plasenta.
Jika persenyawaan tidak berlaku, telur akan disimbah keluar, bersama dengan lapisan uterus, apabila anda mendapat haid. (Baca lebih lanjut mengenai bagaimana bayi dibuat.)
Apakah kitaran haid biasa?
Satu kitaran haid purata berlangsung selama 28 hari – itu kiraaan dari hari pertama sesuatu haid itu hingga ke haid berikutnya. Ada wanita yang mempunyai kitaran lebih pendek, mungkin hanya 23 hari, dan ada juga yang lebih lama sehingga 35 hari. Kitaran yang lebih singkat atau lebih panjang daripada ini mungkin tidak normal, dan anda seharusnya berjumpa pakar obstetrik-ginekologi anda. Anda juga perlu berjumpa dengan doktor anda jika berlaku pendarahan semasa antara haid atau selepas melakukan seks.Bagaimana hormon anda berfungsi
Kitaran haid anda berlaku di bawah kawalan satu senarai hormon yang dikeluarkan di bahagian-bahagian tertentu dalam badan anda:- Hormon yang melepaskan gonadotrofin (dikeluarkan dari dalam hipotalamus, yang berada di dalam otak).
- Hormon yang merangsang folikel (dikeluarkan dari dalam kelenjar pituitari, yang juga berada di dalam otak).
- Hormon "luteinising" yang mengeluarkan korpora lutea (ianya pula dikeluarkan dari dalam kelenjar pituitari).
- Oestrogen(yang dikeluarkan dari dalam ovari.
- Progesteron (juga dihasilkan dalam ovari).
FSH juga merangsang ovari untuk mengeluarkan estrogen. Ini menggalakkan telur matang dan mulai untuk menebal lapisan uterus supaya ia bersedia untuk menyokong kehamilan, jika persenyawaan berlaku.
Ovulasi: telur dilepaskan
Apabila tahap estrogen meningkat, tahap FSH jatuh buat seketika dan kemudian membangun semula, disertai dengan penambahan besar hormon yang mengeluarkan korpora lutea (luteinising hormone, LH) dari kelenjar pituitari. Iniah hormonnya yang mencetuskan ovulasi, semasa telur yang paling matang pecah keluar dari sak dan menjauhi ovari. Telur itu ditangkap dengan serta-merta oleh cabang-cabang di hujung tiub fallopio.Biasanya serviks anda (leher uterus anda) mengeluarkan mukus yang tebal dan legap, yang sperma tidak dapat menembusi. Walau bagaimanapun, sejurus sebelum ovulasi, estrogen mengubah mukus sehingga ia menjadi nipis, jernih dan elastik. Ini membolehkan sperma untuk berenang masuk melalui serviks ke dalam uterus sampai ke tiub fallopio di mana persenyawaan mungkin berlaku.
No comments:
Post a Comment