5 Tips Yang Mempengaruhi Kecantikan dan Kesihatan Wanita


Pernahkah anda terfikir apa yang anda amalkan sewaktu muda akan mempengaruhi kecantikan dan kesihatan anda apabila usia meningkat? Kenyataannya, pemakanan dan penjagaan diri yang baik sepanjang hidup akan membentuk personaliti yang lebih sihat di usia tua. Berikut merupakan 5 perkara berguna yang patut diambil berat dari usia muda belia:




1) Senaman membina peribadi positif - Bersenam akan meningkatkan hormon endorfin yang membantu anda mengurangkan tekanan. Dengan bersenam, risiko untuk mendapat penyakit kronik juga akan berkurangan. Di samping itu, bersenam akan membantu pengaliran darah yang lebih lancar ke permukaan kulit yang menyebabkan kulit mendapat oksigen secukupnya. Hasilnya, kulit lebih cantik dan berseri-seri. Bonus yang lain, berat badan ideal akan dikecapi sepanjang hayat.

2) Merokok menambah usia wajah anda – Tar dan nikotin dalam rokok bukan sahaja akan memberikan kesan buruk kepada paru-paru anda, malah ia mengakibatkan kulit berkedut dan kendur. Setiap kali anda menghisap sebatang rokok, bahan-bahan kimia merbahaya tersebut akan memusnahkan kapilari darah halus yang mengelakkan oksigen dan nutrien dalam darah menghampiri kulit anda.

3) Makanan berlemak akan menghantui anda di usia tua – Walaupun berat badan anda tidak bertambah sepanjang anda menikmati makanan berlemak, kesannya akan lebih ketara apabila usia anda meningkat. Ini kerana lemak tepu yang biasanya melekat pada salur darah akan meningkat dengan meningkatnya usia anda. Penyelidikan telah membuktikan lebih 90% penyakit jantung dapat dielakkan jika anda mengamalkan pemakanan sihat sejak dari usia muda.

4) Perkembangan tulang wanita akan berhenti pada usia 35 tahun – Siapa kata hanya kanak-kanak sahaja yang memerlukan susu untuk tulang yang sihat dan kuat. Sebagai wanita, penjagaan tulang anda sama penting dengan penjagaan wajah. Pengambilan harian kalsium dan vitamin D di usia 20-an dan 30-an sangat penting untuk mengelakkan keretakan tulang akibat tulang reput. Jika susah untuk anda komited pada pengambilan susu setiap hari, multivitamin dengan kandungan kandungan kalsium dan vitamin D juga memadai. Amalkan juga senaman seperti joging untuk menguatkan tulang.

5) Sayangi diri anda lebih dari orang lain – Sebagai isteri dan ibu yang berkarier, saya sering meletakkan keperluan suami dan anak sebagai perkara utama. Situasi ini tidak salah, tetapi keperluan peribadi juga sangat penting untuk kesihatan anda. Keperluan peribadi yang dimaksudkan adalah seperti rehat yang mencukupi, bersenam dan masa untuk melakukan hobi anda. Ketiga-tiga perkara ini akan mengelakkan stres dalam hidup anda sehari-hari. Jangan cuba untuk menjadi “superwoman” yang boleh melakukan semua perkara. Belajar untuk katakan TIDAK pada perkara-perkara remeh yang boleh mencuri masa santai anda. Sokongan dan bantuan suami amat penting untuk anda merealitikan masa berkualiti untuk diri sendiri.

Info :  http://penpatah.blogspot.com/2012/04/5-tips-yang-mempengarusi-kecantikan-dan.html

Penyebab Keputihan Wanita


Masalah keputihan wanita boleh didefinisikan sebagai pengeluaran cairan dari vagina. Cairan tersebut pada kebiasaannya keluar dalam keadaan pekat atau cair, berwarna jernih, putih, kuning atau hijau dan berbau atau tidak berbau. Ada sebahagian daripada wanita yang menganggap cairan yang keluar dari vagina adalah masalah yang biasa dan ada juga antara mereka yang menganggap masalah keputihan wanita ini mengganggu aktiviti seharian mereka.Masalah keputihan wanita yang amat perlu diberikan perhatian adalah apakah keputihan wanita tersebut adalah normal atau ada sesuatu penyakit.


Antara penyebab keputihan wanita yang abnormal:
  • Jangkitan kulat, mengeluarkan keputihan wanita yang berwarna putih atau kekuningan, berlaku secara berterusan disertai rasa gatal, kebiasaannya disebabkan oleh kulat candida atau monillia.
  • jangkitan kuman trichomonas, jenis ini biasanya ditunjukkan oleh keluarnya cairan berwarna kehijauan dan serta rasa gatal
  • Jangkita bakteria vaginosis, tandanya ialah keluarnya cairan yang berwarna kelabu dan berbau
  • Penyakit yang menular melalui perhubungan seks, yang biasanya ditunjukkan dengan keluarnya cairan yang bersifat ‘cheesy’, berbau dan bercampur darah
  • Kanser pangkal rahim iaitu apabila keluarnya cairan tetapi tidak gatal biasanya disertai bau busuk.
  • Faktor pemakanan antara punca yang menyebabkan kulat berlebihan pada vagina Pengambilan makanan yang manis (tinggi kandungan gula) juga boleh menyebabkan keputihan seperti kuih donut dan gula-gula getah.

Antara contoh penyebab keputihan wanita lain:

  • Vaginitis atropik yang timbul di waktu usia lanjut (menopause) yang pada kebiasaannya disertai rasa nyilu disebabkan kurangnya hormon estrogen
  • Ubat seperti : antibiotik, ubat yang mengandungi estrogen
  • Kehadiran benda asing seperti benang, kain atau benda lain yang secara sengaja / tidak sengaja ada di dalam vagina.


Antara cara mencegah keputihan :

1. Jaga kebersihan bagi mencegah penyebab keputihan wanita.

2. Tidak menggunakan ubat membersihkan vagina secara rutin dan berlebihan. Ia boleh menyebabkan kehilangan keadaan semulajadi yang ada di vagina yang bertugas bagi melindungi terhadap kuman dari luar.

3. Menjauhi tekanan yang berlebihan.

4. 
Kurangkan pengambilan buah 
nanas, sengkuang dan timun kerana ia menyumbang kepada keputihan. 
5. Pengidap kencing manis (diabetes) mesti memastikan kadar gula yang stabil

6. 
Kurangkan kekerapan pengambilan ubat antibiotik.

7. Penggunaan tuala wanita dan panty liner boleh mengundang kehadiran kulat. 

8. Elakkan memakai seluar dalam yang terlalu ketat serta diperbuat daripada kain nilon.

9. Jika boleh, hindari pengambilan pil perancang keluarga.

 10. berjumpa doktor apabila keputihan keluar secara berlebihan.
Info :  http://sesaljubayu.blogspot.com/2012/12/penyebab-keputihan-wanita.html

Tanda Kesuburan Wanita

 
SAYA ingin tahu mengenai kaitan kehamilan dan kedatangan haid.
Adakah benar seseorang wanita itu boleh hamil meskipun dia baru didatangi haid selepas sebulan (baru mencapai baligh)?

CHRISTINA,
Petaling Jaya, Selangor

APABILA anak perempuan didatangi haid pertamanya (baligh), maka bermulalah fasa atau tempoh reproduksinya sehingga ia berakhir kelak (menopaus).

Haid (walaupun pada kali pertama) sebenarnya boleh menjadi petanda seseorang itu sudah mengalami pengeluaran telur kira-kira dua minggu sebelum itu, tetapi tidak disenyawakan. Jika telur terbabit disenyawakan, maka berlakulah kehamilan.

Ini juga bermakna, seseorang itu boleh terus hamil tanpa didatangi haid pertamanya, jika sewaktu pengeluaran telur pertama kali itu berlaku persenyawaan oleh sperma daripada hubungan seks walaupun secara paksaan.

http://petuapakar.blogspot.com/2011/05/soal-jawab-tanda-kesuburan-wanita.html
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...