Haid Selama Tiga Minggu

SAYA berumur 23 tahun dan belum berkahwin. Saya mengalami haid tanpa henti sejak tiga minggu lalu, biasanya haid saya hanya tiga hingga lima hari.
Kali ini, selepas satu setengah minggu, haid saya berhenti kemudian selepas dua hari, saya didatangi haid semula dalam kuantiti yang banyak.
Saya bekerja sebagai kerani akaun dan menghidap tekanan darah rendah. Apakah yang harus saya lakukan?

KALA,
Kuala Lumpur

ANDA perlu berhati-hati dalam keadaan ini. Sewaktu pendarahan banyak, aliran darah tubuh boleh berkurangan sehingga menyebabkan kesan seperti tidak bertenaga malah mungkin pitam akibat tekanan darah rendah, lebih-lebih lagi jika berdiri dalam tempoh yang lama. Minum air secukupnya boleh membantu mengekalkan isi padu aliran darah buat sementara waktu.

Walaupun ini pertama kali berlaku dan mungkin tidak berulang, eloklah anda menjalani pemeriksaan doktor. Haid yang banyak dinamakan menoragia manakala haid banyak dan berpanjangan pula dinamakan polimenorea.

Terdapat beberapa penyebab keadaan ini. Walaupun kebanyakan penyebabnya tidak berbahaya, pendarahan berterusan boleh menyebabkan kekurangan darah (anemia) dan komplikasi lanjut contohnya terhadap jantung.

http://petuapakar.blogspot.com/2011/07/soal-jawab-haid-selama-tiga-minggu.html

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...