Punca Payudara Sakit

baby BF 2
Terdapat beberapa punca tidak berbahaya yang menyebabkan sakit payudara, yang berkaitan dengan perubahan hormon.
Ini boleh termasuk:
1. Awal waktu baligh pada kanak-kanak perempuan
2. Kedatangan haid dan sindrom prahaid (PMS)
3. Kehamilan – terutama di awal kehamilan
Jika sakit payudara berlaku selepas beberapa melahirkan anak, ia mungkin disebabkan oleh Mastitis, iaitu jangkitan kuman pada saluran kelenjar susu.
EKF sangat baik untuk wanita yang kerap mengalami rasa sakit pada payudara.

Penyakit Ovarian Cysts


Ovarian cysts




Saya ditanya oleh seorang wanita yang amat risau apabila diberitahu bahawa dia menghidapi Ovarian Cyst. Beberapa pertanyaan juga berkisar tentang persoalan yang sama. Kebanyakan mahu tahu sama ada ovarian cyst itu perlu dibuang atau tidak.
Saya serba salah menjawab soalan terbuka sebegini. Seharusnya yang bertanya memberikan pengenalan (ta’ruf) sama ada dia sudah berkahwin, berapa umurnya dan bila dia didiagnosakan menghidap ovarian cyst.
Pesakit ini seharusnya memastikan adakah ketumbuhan cyst itu tidak merbahaya (benign) atau ia adalah ovarian cancer yang boleh meragut nyawa.

Bertanyalah sehingga faham

Jika pesakit itu tidak mengetahuinya, seeloknya bertanyakan pada doktor yang merawatnya. Antara soalan yang perlu ditanya:
  1. adakah ovarian cyst itu adalah ketumbuhan cyst yang tidak merbahaya (benign) atau punovarian cancer?
  2. berapa bilangan cyst yang terdapat di situ?
  3. adakah ianya melibatkan kedua-dua belah ovari?
  4. adakah masalah-masalah lain berkaitan dengan sakit puan yang mungkin dihadapi oleh pesakit itu?
  5. bagaimana dengan peluang untuk hamil?
Jika soalan ini masih tidak dijawab kerana masih dalam ’kawasan kelabu’, iaitu doktor tidak dapat memastikan keadaan pesakit yang diperiksa, maka bincanglah tentang apakah langkah seterusnya yang akan dilakukan oleh doktor untuk mengetahui dengan jelas dan tepat apa yang berada diabdomen wanita itu.
Adakalanya ovarian cyst itu hanya diketahui dengan cara tidak sengaja kerana pesakit mungkin tidak mengalami apa-apa sakit perut atau masalah lain. Ovarian cyst hanya diketahui apabila melakukan pemeriksaan ultrasound abdomen dan pelvic secara rutin.
Semasa bekerja di hospital juga, saya selalu berjumpa dengan kes di mana pesakit wanita disangkakan menghidap acute appendicitis tetapi apabila dilakukan pembedahan didapati ianya ovarian cyst yang telah pecah.

Ovarian cyst bukan bersifat penyakit

Pada wanita yang normal, setiap kali kitaran haid, organ ovari akan membentuk gelembung dinamakan ovarian follikel. Ia mengandungi ovum, yakni benih wanita. Selepas ovum dikeluarkan, ovarian follikel ini akan mengecut, tetapi ada sesetengahnya terus membesar melebihi 2cm. Ini dinamakan ovarian cyst.
95% daripada ovarian cysts adalah benign, iaitu tidak merbahaya. Ia adalah  ‘bukan penyakit’, iaitu bersifat semulajadi bagi fisiologi wanita.
Ovarian cyst terdapat pada hampir semua wanita yang mempunyai ovari terutama pada usia subur. Namun kadang kala ia menyebabkan kemudaratan pada pesakit seperti pesakit megalami sakit di bahagian bawah abdomen, rasa kembung abdomen, sakit pada payudara, rasa letih, masalah ketidaksuburan dan sakit kepala.
Selain dari ovarian cyst yang normal ini, terdapat juga beberapa jenis lagi yang saya tidak bincangkan, antaranya dermoid cyst, cholate cyst of ovary dan polycystic ovarian cyst. Oleh itu pesakit haruslah bertanya kepada doktor yang merawat sama ada ovarian cyst itu adalah ovarian cyst yang biasa (yang dinamakan physiological cyst) atau ianya cyst yang tidak biasa (abnormal).


Bilakah pembedahan itu perlu ?

Pembedahan bukanlah cara rawatan yang mesti dilakukan ke atas setiap pesakit. Jadi setiap ovarian cyst tidak semestinya dibuang melalui pembedahan.
Pembedahan hanya dilakukan dengan tiga tujuan, pertama untuk melakukan biopsy. Jika doktor mengesyaki ianya mungkin kanser, maka sedikit contoh tisu diambil bagi menentukan sama ada ianya kanser atau bukan; kedua untuk membuang ovarian cyst itu jika ianya mendatangkan masalah yang teruk kepada pesakit (eg sakit perut, ketidak-teraturan kitaran haids etc) atau saiz diameternya melebihi 5 cm kerana bimbang akan pecah dan kesan-kesan lain, dan ketiga untuk melakukan pembuangan ovari jika ketumbuhan ovari (yang disangka ovarian cyst biasa) telah disahkan sebagai ovarian cancer.
Walau tidak semua ovarian cyst mesti dibuang, namun semua kes ovarian cancer mestilah menjalani pembedahan pembuangan ovari. Bagi ovarian cyst yang bukan kanser, dan tidak mendatangkan masalah pada pesakit, doktor akan menimbang antara risiko dan kebaikan pembedahan itu. Pembedahan akan dipertimbangkan jika:
  1. Ovarian cyst itu berlaku di kedua-dua belah ovari.
  2. Ovarian cyst itu melebihi saiz 5cm (3inci).
  3. Ovarian cyst itu masih kekal (tidak berkurang saiznya) selepas 2-3 kitaran haids.
  4. Pemeriksaan ultrasound menunjukkan ovarian cyst itu bukan jenis yang biasa, (functional ovarian cyst)
  5. Pesakit mempunyai ketumbuhan ovarian dan disamping itu…
  • pesakit tidak pernah mengalami kitaran haids langsung atau
  • pesakit adalah gadis remaja.
  • pesakit telah menopause.
  • menggunakan pil perancang kehamilan
Walaupun saya menuliskan beberapa kriteria di atas, namun tidak bermakna jika puan mempunyai ovarian cyst dan menepati kriteria di atas, puan harus dibedah. Ianya bergantung kepada pertimbangan doktor yang merawat anda. Dia akan menimbangkan kebaikan atau keburukan pembedahan itu. Jadi berbincanglah dengan beliau.
Sebelum membuat keputusan untuk melakukan pembedahan, doktor selalunya akan membuat pemeriksaan CT scan abdomen supaya dapat melihat dengan lebih jelas imej bagi ovarian cyst itu.
Doktor akan mengesyaki pesakit mengalami ovarian cancer berdasarkan
  1. imej CT scan abdomen, dan
  2. laporan pathology tisu yang diambil, atau
  3. jika salah seorang anggota keluarga pernah mengalami penyakit kanser ovari, atau
  4. wanita itu sudah mengalami menopause atau
  5. saiz ovarian cyst itu tidak menjadi kecil walaupan setelah 2-3 kitaran haids.
Pemeriksaan darah CA-125 juga membantu mendiagnosa sama ada pesakit menghidap penyakit ovarian kanser atau tidak.

Ia boleh berulang

Ovarian cyst boleh dikeluarkan tanpa mencederakan organ ovari. Teknik ini dinamakan sebagai (cystectomy), ini bermakna hanya ketumbuhan cyst saja yang dipisahkan dari ovari. Kesuburan wanita itu akan kekal.
Namun begitu ketumbuhan ovarian cyst yang baru boleh muncul. Ia boleh terjadi di ovari yang sama atau ovari di sebelah satu lagi ataupun selepas pembedahan cyctectomy. Jika wanita itu sudah ‘lengkap keluarga’nya dan telah menopause, kadang kala doktor mencadangkan keseluruhan ovari dibuang (oophorectomy).
Saya berharap wanita yang mengalami ovarian cyst mendapat faedah dari artikel ringkas ini. Apa yang saya tulis adalah sebagai panduan untuk memahami sama ada pembedahan perlu dilakukan atau tidak. Ianya bukannya ‘rules of thumb’ bagi seorang doktor dalam membuat keputusan. Jika masih tidak jelas, bolehlah berhubung dengan doktor yang menjaga puan.
http://drzubaidi.com/blog/pembedahan-untuk-ovarian-cysts/
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...