Dalam
kesibukan menyeimbangkan antara tugasan pejabat dan tugasan tetap di
rumah, wanita selalunya kesuntukan
masa untuk diri sendiri. Penjagaan diri yang
ala kadar ataupun ikut sempat sahaja seringkali menjadi amalan harian.
Dalam kesibukan seharian, perlulah wanita mencuri sedikit masa untuk ‘merawat, menjaga dan memanjakan’ diri sendiri. Semoga sedikit tips di bawah dapat membantu para wanita terutamanya yang berusia 30 tahun ke atas mengekalkan kesihatan dan ketrampilan diri;
1. Diet dan makanan tambahan
Pengambilan makanan seimbang dan teratur dapat mengekalkan kesihatan. Elakkan
obiseti dengan mengambil makanan rendah lemak dan lebihkan sayur-sayuran.
2. Pengambilan makanan tambahan
Pengambilan
Vitamin E dapat melambatkan proses penuaan. Ia dapat melindungi
kemusnahan
sel dan membantu kesihatan sel-sel tubuh.
Lain-lain makanan tambahan adalah termasuk Selenium, Vitamin C,
Beta-Kerotin, L-Cystein.
Asid Folik, dan Zink.
3. Penggunaan DHEA
DHEA
(DEHYDROEPIANDROSREONE) dikatakan hormon untuk awek muda. Ia dapat
merangsang
sistem imunisasi. DHEA iaitu hormon androgen
dihasilkan oleh pundi adrenal. Anda perlu mendapatkan nasihat doktor
sebelum
mengambil pil hormon.
4. Senaman
Senaman
berterusan boleh meningkatkan ketahanan fizikal. Ia bukan sahaja
mengurangkan
berat badan, malahan tekanan darah rendah,
mengurangkan tekanan, mengawal tahap gula serta meningkatkan imuniti.
5. Waktu tidur
Tetapkan waktu tidur. Ia dapat mendisiplinkan diri anda untuk mendapat rehat secukupnya.
Tandanya, anda akan berasa segar apabila bangun pagi.
6. Pengambilan air yang cukup
Minum
air sekurang-kurangnya lapan gelas sehari. Banyakkan meminum air
bersih.
Ini kerana kandungan air dalam badan sangat
tinggi. Contohnya otak mengandungi 95 peratus air, darah 85 peratus air
dan paru-paru
90 peratus air. Pengambilan air yang cukup
dapat menajamkan pemikiran, mengelakkan penyakit dan kulit menjadi lebih
cantik.
7. Penampilan diri menarik
Anda haruslah bijak memilih fesyen pakaian dan aksesori. Ia dapat mengawal usia
secara psikologi. Anda boleh merujuk kepada media untuk memilih fesyen yang bersesuaian dengan anda.
8. Penggunaan pelembab dan pelindung matahari
Anda
perlu mengenakan pelembab pada setiap pagi. Penjagaan kulit secara
keseluruhan
juga penting untuk menyingkirkan sel-sel
kulit yang mati serta daki yang degil. Dapatkan produk penjagaan diri
yang sesuai
dengan anda.
9. Elakkan bermekap tebal
Wanita
terutamanya yang berusia 30 tahun ke atas seelok-eloknya menggunakan
mekap
yang nipis dan sederhana. Cuba elakkan dari
menggunakan bedak asas yang tebal serta lipstik yang merah menyala.
Ianya akan
membuatkan wanita dalam usia sebegini nampak
lebih tua dan garang.
10. Penggunaan produk herba
Herba
dikatakan baik untuk pengaliran darah. Antara herba yang popular untuk
kegunaan
kesihatan seperti bawang putih yang dikatakan
dapat mencegah dari demam selsema, gangguan pernafasan dan penyakit
usus. Pada
masa kini herba banyak digunakan untuk produk
kesihatan dan kecantikan. Selain daripada jenis-jenis herba yang telah
disenaraikan
sebelum ini, terdapat herba-herba yang lain
khusus untuk penggunaan kaum wanita.
Antaranya ialah;
Pueraria Mirifica, Pueraria Lobata,
Labisia Pumila (Kacip Fatimah), Trifolium
Pratense (Red Clover Flower), Cimicifuga Racemosa (Black Cohosh Roof),
Taraxacum
Monglicum Compositae (Dandelion) dan Angelica
Sinensis.
No comments:
Post a Comment