Ketulan Fibroadenoma pada Payudara

fibroadenoma
“As salam mu alaikum doctor, saya berusia 24 tahun dan belum berkahwin. Saya mengalami ketulan pada payudara kiri saya berukuran sebesar biji kacang kuda semenjak saya masih belajar lagi. Saya telah membuat pemeriksaan doctor, dan doctor tidak membuat melakukan apa-apa. Doktor juga tidak memberikan ubat kerana ia tidak menyebabkan rasa sakit. Doktor hanya pesan, jika ia besar, maka harus dibuang dengan melakukan pembedahan. Saya takut dengan pembedahan kerana akan merosakkan payudara saya. Pertanyaan saya ialah apakah  ketulan ini boleh menyebabkan kanser payudara?. Terima kasih.”

Wa alaikum mus salam.
Saya harap saudari tidak bersusah hati dengan masalah yang saudari hadapi. Saya percaya ketulan pada payudara kiri saudari hanya ketulan fibroadenoma yang tidak berbahaya dan menyebabkan kanser payudara.
 Jika kanser payudara, selalunya dalam masa enam bulan saja, berlaku kerosakan pada payudara kerana kanser bersifat sangat agresif dan memusnahkan dalam jangka masa kurang enam bulan.
Menurut saudari, ketulan itu mula disedari sejak dari sekolah menengah lagi. Ini mengesahkan bahawa ketulan itu hanya ketulan fibroadenoma dan bukannya ketulan kanser yang berbahaya.
 Ketulan fibroadenoma adalah ketulan pada tisu payudara. Ia tidak menyebabkan kesakitan walaupun jika dipegang. Bilangannya boleh melebihi satu dalam satu masa.
 Sebagai contoh, bilangan ketulan fibroadenoma boleh berada pada belah payudara dan pada masa yang sama terdapat satu lagi ketulan fibroadenoma pada pada belah yang satu lagi.
 Ketulan fibroadenoma biasa terjadi pada wanita yang berusia 20an dan 30an pada mana-mana belah payudara. Doktor mungkin akan mengambil sedikit tisu dari ketulan payudara itu, bagi mengesahkan diagnosis.
 Walau bagaimana pun, pengambilan tisu pada payudara adalah satu prosedur yang menyakitkan dan memberikan bekas parut pada kulit payu dara.
 Jadi selalunya doctor akan mencadangkan ketulan ini dibuang jika terlalu besar, lebih kurang 5cm atau ketulan payudara ini menyakitkan. Tisu ketulan fibrodenoma yang telah dibuang akan dihantar ke makmal untuk pengesahan diagnosa.
 Setelah dibuang, ketulan fibroadenoma boleh berulang. Ini bermakna walaupun seorang wanita itu telah membuang ketulan fibroadenoma dengan cara pembedahan, ia boleh muncul semula pada payudara belah yang sama atau pada belah yang satu lagi.
 Selalunya doctor tidak memberikan apa-apa ubat untuk merawat atau mencegah kehadiran ketulan fibroadenoma.
 Jika merasa sakit dan tidak selesa, doctor akan menasihatkan untuk mengambil ubat penahan sakit jika benar-benar perlu kerana ketulan fibroadenoma jarang menyebabkan kesakitan.
 Ketulan fibroadenoma selalunya dikaitkan dengan tahap hormon estrogen dalam badan wanita yang lebih tinggi dari biasa. Saiz ketulan fibroadenoma selalunya akan mengecil dengan sendirinya apabila tahap estrogen wanita menurun.

Umur 17 belum datang haid

woman
 Soalan:
Assalam..doktor. adik perempuan saya yang kini sudah berusia 17 tahun. Yang menjadi persoalan saya ialah, adik saya masih lg belum datang period…sedang kami adik beradik lain datang period sewaktu sekolah rendah lg. Buat pengetahuan doktor jugak, adik saya telah pergi ke hospital untuk mendapatkan kepastian..tetapi jawapan yang kami perolehi daripada doktor ialah..ia perkara biasa. Adakah normal ape yang dialami oleh adik saya. Di harapkan doktor dapat memberi penjelasan. Terima kasih.”

 Jawapan:
Apabila seorang remaja wanita sudah mencapai umur 16 tahun, tetapi tidak pernah datang haid, dan telah menunjukkan sifat kewanitaan, ia bukanlah perkara yang normal.
 Keadaan ini dinamakan amenorrhea primer.
 Kebanyakan kanak-kanak perempuan mula mengalami haid antara umur 9 dan 18 , dengan purata berusia kira-kira 12 tahun.
 Banyak punca berlaku hal sebegini, antaranya termasuk:
  1. Pangkal rahem atau serviks yang terlalu sempit
  2. Selaput dara yang terlalu kenyal dan tidak berlubang
  3. Tidak mempunyai rahem atau faraj
  4. Keadaan faraj yang mempunyai sekatan
  5. Keluarga tidak menyedari beliau hamil
 Hormon memainkan peranan yang besar dalam kitaran haid wanita . Masalah hormon boleh berlaku apabila :
  1. Perubahan yang berlaku kepada bahagian-bahagian otak di mana hormon yang membantu menguruskan kitaran haid tidak dihasilkan
  2. Kelenjar ovari tidak berfungsi dengan betul
 Adakalanya ia disebabkan oleh:
  1. Kecenderungan remaja perempuan itu untuk tidak makan untuk menurunkan berat badan (Anorexia)
  2. Mengalami penyakit kronik , seperti cystic fibrosis, TB atau penyakit jantung
  3. Mengalami kecacatan genetik
  4. Mengalami jangkitan dalam rahim
 Dalam banyak kes , punca amenorea utama tidak diketahui kerana remaja wanita itu tidak menjalani pemeriksaan yang sempurna.
 Saya mencadangkan agar adik perempuan melakukan pemeriksaan fizikal dan dan hormone dalam darah.
 Ujian hormone dalam darah itu termasuk :
  1. estradiol
  2. FSH
  3. LH
  4. prolaktin
  5. TSH
  6. T3 dan T4
 Ujian-ujian lain yang boleh dilakukan, jika perlu termasuk:
  1. Hormone 17 hydroxyprogesterone
  2. analisa kromosom
  3. CT scan kepala
  4. MRI kepala
  5. ultrasound pelvik
  6. hormone progresterone
 Jadi saya mencadangkan agar adik perempuan puan segera melakukan pemeriksaan dengan doktor wanita.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...