Wanita Sihat dari Segi Luaran dan Dalaman


WANITA apabila semakin berumur, mereka mudah terdedah dengan pelbagai jenis penyakit yang menyebabkan kesihatan dan produktiviti hidup terjejas.

Demikian, untuk sentiasa sihat dari segi luaran dan dalaman mereka bukan hanya tertumpu kepada suatu elemen kesihatan sahaja.

Penjagaan jantung, hati ,sendi dan kulit adalah antara tunjang utama kesihatan yang harus diberikan tumpuan dan penjagaan yang rapi.

Presiden Persatuan Nursejahtera Malaysia, Dr. Rajbans Singh, berkata, kebanyakan wanita selepas berkahwin, mereka akan mengabaikan kesihatan diri kerana sibuk dengan tanggungjawab dan aktiviti harian.

?Apabila umur mula mencapai 30 hingga 40 tahun, hormon akan turut berkurang seiring usia mereka yang sebenar.

?Berdasarkan kajian, penyakit jantung masih berada di tahap pertama yang melanda golongan wanita. Kemudian ia diikuti dengan penyakit sendi yang bermula apabila umur mereka menjangkau 45 hingga 50 tahun,” katanya.

Menurut beliau, kulit pada bahagian badan juga memainkan peranan penting kepada wanita supaya kekal sihat dan cantik.

?Permukaan kulit badan merupakan petunjuk apa yang terjadi pada organ dalaman badan. Jika kulit sihat dan cantik, kesihatan dalaman juga turut sihat.

?Sementara itu, hati adalah antara organ dalaman yang penting untuk keseluruhan badan. Apabila hati mengalami masalah dan tidak dapat mengeluarkan toksin dalam badan, ia turut menjejaskan kesihatan kulit,” katanya.

Dr. Rajbans berkata, kebanyakan wanita tidak faham tentang penjagaan kesihatan diri yang sebenar.

?Sebahagiannya gemar berkunjung ke spa dan pusat rawatan kecantikan tanpa mengetahui bahawa apabila kesihatan dalaman tidak baik ia mempengaruhi penampilan luaran mereka.

?Menjadi tanggungjawab seorang wanita untuk menjaga kesemua empat organ dalam badan tersebut supaya mereka terhindar dari penyakit berbahaya dan kekal sihat,” ujar Dr. Rajbans.

Menurut beliau, kebanyakan wanita yang mendapat penyakit ini adalah disebabkan corak hidup yang semakin berubah dan juga corak pemakanan seharian yang tidak seimbang.

?Untuk mendapat kulit yang cantik dan sihat, seeloknya mengambil pelbagai jenis sayuran segar dalam kuantiti lima hingga enam mangkuk dalam sehari.

?Mikronutrien dalam badan akan berkurang jika tidak mendapat secukupnya nutrien yang dihasilkan dari sayur-sayuran dan buah-buahan,” jelasnya.

Dr. Rajbans berkata, faktor lain yang mempengaruhi peningkatan penyakit ini adalah kurangnya melakukan senaman.

?Senaman yang dilakukan secara konsisten dapat membantu menguatkan sistem perjalanan darah dalam jantung selain membaiki sistem imunisasi dalam badan.

?Selain itu, tekanan akibat kerja dan pengurusan harian juga menyebabkan mereka hidup dalam keadaan tidak sihat dan mendapat penyakit yang berbahaya,” jelas Dr. Rajbans.

Pengurus Urusan dan Latihan Mega Lifesciences Malaysia, Mary Chua berkata, seiring membantu wanita di luar sana mencegah penyakit yang berbahaya, yoga antara senaman yang boleh membantu mereka sihat dan kekal bertenaga.

?Senaman ini boleh dilakukan di mana-mana sahaja tanpa mengira masa dan tempat. Ia melibatkan pergerakan perlahan yang terkawal yang melatih seluruh anggota tubuh kekal bertenaga.

?Senaman yoga juga membantu mengelakkan kesakitan yang biasanya timbul di bahagian bahu, leher, pinggang dan belakang yang disebabkan oleh kesan tegangan dan mampatan ke atas tulang belakang,” kata Mary.

Menurut beliau lagi, yoga juga memberikan fokus dan memupuk kesedaran ke atas tubuh, postur dan pernafasan yang diamalkan.

?Yoga sangat menenangkan dan dapat membantu menghilangkan tekanan yang dialami akibat persekitaran, pekerjaan dan permasalahan harian yang lain,” katanya.

http://n9kini.net/?p=9752

Wanita Sihat Lebih Positif



BERAT badan meningkat, kulit kering, muka sembap, rambut rapuh dan gugur, kerap letih, mengantuk, pergerakan dan tindak balas menjadi perlahan. Simptom-simptom ini sering dianggap sebagai perkara semula jadi dalam proses penuaan, terutama bagi wanita yang memasuki era 40-an.

Boleh dikatakan hampir semua orang turut mengalami gejala sama, tetapi pada tahap berbeza. Namun, hakikatnya ia bukan sebahagian daripada proses semula jadi penuaan kerana ada orang masih mampu bergiat aktif, nampak awet muda, cergas dan tajam fikirannya, walaupun usia melebihi separuh abad.

Menurut Pegawai Perubatan, Dr. Asmah Musa, penuaan merupakan masalah kesihatan utama bagi wanita berumur 40-an dan menjadi mimpi ngeri bagi golongan wanita muda.

"Ia sering dikaitkan dengan menopaus. Bagi menempuh tempoh masa ini, pelbagai persediaan perlu dilakukan. Jika wanita memiliki kesihatan yang maksimum, sudah tentu mereka lebih positif berhadapan dengan masalah ini.

"Antara simptom yang akan merubah wanita 40-an mengalami proses penuaan adalah cepat letih, mengah, tidur tidak lena, asyik nak tidur dan mudah sangat nak tidur. Bagi menopaus, wanita akan sentiasa berasa panas, paling ketara dari segi psikiatri iaitu tekanan dan mudah berasa tersisih. Ini berlaku kerana hormon wanita turun dan menyebabkan mood tiada," ujarnya

Selain itu, golongan ini risau perihal kecantikan yang akan merosot apabila usia meningkat.

MemeliharaPersoalannya, apakah yang perlu dilakukan untuk berhadapan dengan pelbagai masalah kesihatan apabila usia semakin meningkat?

Dr. Asmah menasihatkan agar wanita memelihara kesihatan dalaman dan luaran sejak usia muda supaya ia berkekalan.

"Kesibukan dan tekanan wanita moden menyebabkan mereka sering berhadapan dengan masalah kesihatan seperti haid tidak teratur, kulit tidak licin dan cerah, payu dara tidak anjal, rahim lemah, tangan dan kaki sejuk, otot vagina tidak ketat dan kering serta bendalir vagina tidak cukup. Selain amalan gaya hidup sihat, suplemen tambahan dapat membantu wanita mengatasi masalah-masalah tersebut," ujarnya.

Mengulas keperluan suplemen dalam kehidupan wanita hari ini, Dr. Asmah memberitahu, ia mungkin membantu memelihara kesihatan dalaman dan luaran serta melambatkan proses penuaan.

Menurut beliau, kesibukan wanita sebagai pekerja, ibu atau suri rumahtangga membataskan seseorang wanita melakukan aktiviti sihat seperti senaman.

Justeru, selain pemeriksaan kesihatan setiap tahun, wanita juga digalakkan mengambil suplemen tambahan. Misalnya, ekstrak bunga ros baik untuk wanita kerana ia boleh memberikan enam kali ganda kelembapan pada kulit. Amalan herba manjakani juga baik untuk merawat otot-otot dalam faraj.

"Manjakani pula mempunyai khasiat untuk menegangkan semula otot-otot faraj dan membolehkan faraj menjadi sempit semula. Ia juga mampu mengawal lendir dan lelehan faraj. Astringen juga mampu menyerap lebihan darah haid dan nifas. Herba ini juga boleh menganjal payu dara serta menegangkan kembali otot-otot, maka amalan mengambil minuman manjakani dapat membaiki payu dara yang hilang sifat keanjalan.

"Kacip Fatimah pula dikatakan dapat menambah tenaga dalaman wanita serta memperbaiki fungsi rahim wanita lepas bersalin," katanya

"Jika kita dapat memelihara kesihatan pada usia muda seawal 25 tahun, tubuh badan kita mampu bergerak dan melakukan fungsi dengan aktif walaupun pada usia 40-an. Keseimbangan hormon dalam badan wanita juga dapat membantu memperlahankan proses menopaus dan mengurangi simptom menopaus seperti panas badan (hot flushes). Saya sarankan kepada wanita supaya menitikberatkan penjagaan kesihatan sama ada dalaman atau luaran untuk mengekalkan kecantikan serta kesihatan di tahap yang paling memuaskan," ujarnya

Bagaimana Kitaran Haid Anda Berfungsi

 

Kitaran haid: maklumat asas

Seorang bayi perempuan yang baru lahir mempunyai sehingga 450,000 telur tersimpan dalam ovarinya. Apabila dia mulai haidnya antara umur kira-kira 10 hingga 14 tahun, satu daripada telur-telur ini akan matang setiap bulan. Telur dibebaskan dari ovari dan ditangkap oleh hujung tiub fallopio yang bercabang-cabang seperti pakis, yang menggerakkan telur hingga sampai ke uterus (rahim) dengan menggunakan gerakan lembut beralun.

Jika telur disenyawakan oleh sperma dalam perjalanannya, ia akan menanamkan diri sebaik sahaja ia sampai ke rahim dan membesar menjadi bayi dan plasenta.

Jika persenyawaan tidak berlaku, telur akan disimbah keluar, bersama dengan lapisan uterus, apabila anda mendapat haid. (Baca lebih lanjut mengenai bagaimana bayi dibuat.)

Apakah kitaran haid biasa?

Satu kitaran haid purata berlangsung selama 28 hari – itu kiraaan dari hari pertama sesuatu haid itu hingga ke haid berikutnya. Ada wanita yang mempunyai kitaran lebih pendek, mungkin hanya 23 hari, dan ada juga yang lebih lama sehingga 35 hari. Kitaran yang lebih singkat atau lebih panjang daripada ini mungkin tidak normal, dan anda seharusnya berjumpa pakar obstetrik-ginekologi anda. Anda juga perlu berjumpa dengan doktor anda jika berlaku pendarahan semasa antara haid atau selepas melakukan seks.

Bagaimana hormon anda berfungsi

Kitaran haid anda berlaku di bawah kawalan satu senarai hormon yang dikeluarkan di bahagian-bahagian tertentu dalam badan anda:
  • Hormon yang melepaskan gonadotrofin (dikeluarkan dari dalam hipotalamus, yang berada di dalam otak).
  • Hormon yang merangsang folikel (dikeluarkan dari dalam kelenjar pituitari, yang juga berada di dalam otak).
  • Hormon "luteinising" yang mengeluarkan korpora lutea (ianya pula dikeluarkan dari dalam kelenjar pituitari).
  • Oestrogen(yang dikeluarkan dari dalam ovari.
  • Progesteron (juga dihasilkan dalam ovari).
Seluruh proses bermula dalam otak. Hipotalamus mengeluarkan hormon yang melepaskan gonadotrofin (GnRH), yang bergerak ke kelenjar pituitari dan mengisyaratkannya untuk melepaskan hormon perangsang folikel (FSH). FSH dibawa mengelilingi badan oleh aliran darah dan merangsang ovari untuk memulakan proses mematangkan telur. Antara 15 dan 20 sak yang mengandungi telur, yang dipanggil folikel, kemudian mulai matang dalam ovari. Satu folikel (atau dua atau lebih, tetapi ini jarang sekali berlaku,) tumbuh lebih cepat daripada semua yang lain.

FSH juga merangsang ovari untuk mengeluarkan estrogen. Ini menggalakkan telur matang dan mulai untuk menebal lapisan uterus supaya ia bersedia untuk menyokong kehamilan, jika persenyawaan berlaku.

Ovulasi: telur dilepaskan

Apabila tahap estrogen meningkat, tahap FSH jatuh buat seketika dan kemudian membangun semula, disertai dengan penambahan besar hormon yang mengeluarkan korpora lutea (luteinising hormone, LH) dari kelenjar pituitari. Iniah hormonnya yang mencetuskan ovulasi, semasa telur yang paling matang pecah keluar dari sak dan menjauhi ovari. Telur itu ditangkap dengan serta-merta oleh cabang-cabang di hujung tiub fallopio.

Biasanya serviks anda (leher uterus anda) mengeluarkan mukus yang tebal dan legap, yang sperma tidak dapat menembusi. Walau bagaimanapun, sejurus sebelum ovulasi, estrogen mengubah mukus sehingga ia menjadi nipis, jernih dan elastik. Ini membolehkan sperma untuk berenang masuk melalui serviks ke dalam uterus sampai ke tiub fallopio di mana persenyawaan mungkin berlaku.

Selepas ovulasi

Dalam ovari, folikel yang kini kosong runtuh dan menjadi korpus luteum. Gumpal sel kuning kecil ini mula mengeluarkan hormon progesteron. Progesteron mengubah mukus dalam serviks supaya sekali lagi, ia tidak dapat ditembusi oleh sperma. Ia juga bertindak ke atas lapisan uterus, membuatnya menjadi tebal dan mampung akibat penambahan bekalan darah, menjadinya sedia untuk menerima telur yang disenyawakan. Ketika tahap progesteron meningkat, payudara anda mungkin berasa regang dan mencucuk-cucuk. Kelenjar pituitari berhenti mengeluarkan FSH supaya tiada telur lagi yang boleh matang dalam ovari anda.

Jika persenyawaan berlaku...

Jika telur disenyawakan di tiub fallopio, ia akan terus bergerak ke uterus, di mana ia menanamkan diri ke dalam lapisannya. Pada peringkat implantasi ini, telur yang disenyawakan itu mengandungi kira-kira 150 sel. Perjalanan dari ovari ke uterus ini mengambil masa kira-kira lima hari. Tahap progesteron anda akan kekal tinggi dan anda boleh mula merasai tanda-tanda awal kehamilan.

Jika persenyawaan tidak berlaku...

Jika telur tidak disenyawakan atau tidak berjaya diimplantasi, ia mula hancur dan korpus luteum mengecut. Tahap estrogen dan progesteron menurun dan lapisan uterus anda mula mengeluarkan prostaglandin. Kimia-kimia ini menyebabkan perubahan dalam bekalan darah ke uterus anda, memecahkan lapisan, dan merangsang rahim untuk kontraksi. Haid anda bermula dan lapisan uterus tanggal bersama-sama dengan telur yang tak disenyawakan, dan kitaran haid anda bermula sekali lagi.

Apa Itu Senggugut?

Apa Itu Senggugut? (Menarik!) | Sakit ketika datang haid atau senggugut adalah satu masalah yang biasa dialami oleh ramai wanita dan lazimnya dialami oleh gadis yang baru meningkat remaja. Keadaan ini digelar “primary spasmodic dysmenorrhea” dan tidak semestinya menandakan sesuatu penyakit. Ianya dibahagikan kepada dua bahagian seperti senarai dibawah.

Gambar hiasan – Wanita kesakitan yang amat sangat ketika senggugut.

Senggugut jenis Pertama dalam beberapa tahun pertama selepas akil baliq, pusingan haid seseorang gadis masih belum teratur lagi. Haid mungkin akan datang tiga atau empat bulan sekali. Senggugut biasanya mula dirasai 2-3 tahun kemudian.

Rasa sakit sewaktu datang haid ini adalah disebabkan oleh kuncupan rahim yang begitu kuat sekali untuk mengeluarkan ketulan darah haid yang bercampur sedikit tisu daripada selaput endometrium . Darah haid ini perlu keluar menerusi saluran pangkal rahim yang biasanya masih sempit dikalangan gadis remaja. Kuncupan rahim yang kuat ini adalah disebabkan olih sejenis hormon yang digelar dengan nama “Prostaglandin”.

Ramai dikalangan wanita yang risau samada senggugut boleh menyebabkan kemandulan. Ini tidak benar dan senggugut biasanya akan hilang setelah gadis berumahtangga dan mendapatkan anak apa anda tidak percaya. Kehamilan dan kelahiran dapat mengatasi masalah kesempitan pada saluran rahim yang menjadi punca pada senggugut.

Walau demikian sebahagian kecil dari mereka akan menghadapi masalah ketidaksuburan dan mudah gugur kandungan jika senggugut itu berterusan selepas kahwin. Mereka ini mungkin mengidap penyakit ‘endometriosis’

Senggugut yang biasa iaitu bukan kerana penyakit lain dalam tubuh akan hilang setelah anak gadis itu kahwin dan melahirkan anak pertama. Manakala senggugut akibat penyakit pula memerlukan rawatan khusus bergantung kepada penyebab penyakit. Di peringkat ini pesakit dinasihat berjumpa doktor untuk rawatan dan ubat.

Melayukini.net - Bagi orang lelaki ini yang tidak tahu, inilah sakit orang perempuan yang sering mereka hadapi. Hanya orang perempuan sahaja yang tahu betapa sakitnya apabila menghadapi sakit senggugut. Jadi jangan marah jika kawan-kawan perempuan korang tiba-tiba mood swing tak tentu pasal ye.
http://melayukini.net/2012/02/bicara-wanita-apa-itu-senggugut/
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...