Ketulan Fibroadenoma pada Payudara

fibroadenoma
“As salam mu alaikum doctor, saya berusia 24 tahun dan belum berkahwin. Saya mengalami ketulan pada payudara kiri saya berukuran sebesar biji kacang kuda semenjak saya masih belajar lagi. Saya telah membuat pemeriksaan doctor, dan doctor tidak membuat melakukan apa-apa. Doktor juga tidak memberikan ubat kerana ia tidak menyebabkan rasa sakit. Doktor hanya pesan, jika ia besar, maka harus dibuang dengan melakukan pembedahan. Saya takut dengan pembedahan kerana akan merosakkan payudara saya. Pertanyaan saya ialah apakah  ketulan ini boleh menyebabkan kanser payudara?. Terima kasih.”

Wa alaikum mus salam.
Saya harap saudari tidak bersusah hati dengan masalah yang saudari hadapi. Saya percaya ketulan pada payudara kiri saudari hanya ketulan fibroadenoma yang tidak berbahaya dan menyebabkan kanser payudara.
 Jika kanser payudara, selalunya dalam masa enam bulan saja, berlaku kerosakan pada payudara kerana kanser bersifat sangat agresif dan memusnahkan dalam jangka masa kurang enam bulan.
Menurut saudari, ketulan itu mula disedari sejak dari sekolah menengah lagi. Ini mengesahkan bahawa ketulan itu hanya ketulan fibroadenoma dan bukannya ketulan kanser yang berbahaya.
 Ketulan fibroadenoma adalah ketulan pada tisu payudara. Ia tidak menyebabkan kesakitan walaupun jika dipegang. Bilangannya boleh melebihi satu dalam satu masa.
 Sebagai contoh, bilangan ketulan fibroadenoma boleh berada pada belah payudara dan pada masa yang sama terdapat satu lagi ketulan fibroadenoma pada pada belah yang satu lagi.
 Ketulan fibroadenoma biasa terjadi pada wanita yang berusia 20an dan 30an pada mana-mana belah payudara. Doktor mungkin akan mengambil sedikit tisu dari ketulan payudara itu, bagi mengesahkan diagnosis.
 Walau bagaimana pun, pengambilan tisu pada payudara adalah satu prosedur yang menyakitkan dan memberikan bekas parut pada kulit payu dara.
 Jadi selalunya doctor akan mencadangkan ketulan ini dibuang jika terlalu besar, lebih kurang 5cm atau ketulan payudara ini menyakitkan. Tisu ketulan fibrodenoma yang telah dibuang akan dihantar ke makmal untuk pengesahan diagnosa.
 Setelah dibuang, ketulan fibroadenoma boleh berulang. Ini bermakna walaupun seorang wanita itu telah membuang ketulan fibroadenoma dengan cara pembedahan, ia boleh muncul semula pada payudara belah yang sama atau pada belah yang satu lagi.
 Selalunya doctor tidak memberikan apa-apa ubat untuk merawat atau mencegah kehadiran ketulan fibroadenoma.
 Jika merasa sakit dan tidak selesa, doctor akan menasihatkan untuk mengambil ubat penahan sakit jika benar-benar perlu kerana ketulan fibroadenoma jarang menyebabkan kesakitan.
 Ketulan fibroadenoma selalunya dikaitkan dengan tahap hormon estrogen dalam badan wanita yang lebih tinggi dari biasa. Saiz ketulan fibroadenoma selalunya akan mengecil dengan sendirinya apabila tahap estrogen wanita menurun.

Umur 17 belum datang haid

woman
 Soalan:
Assalam..doktor. adik perempuan saya yang kini sudah berusia 17 tahun. Yang menjadi persoalan saya ialah, adik saya masih lg belum datang period…sedang kami adik beradik lain datang period sewaktu sekolah rendah lg. Buat pengetahuan doktor jugak, adik saya telah pergi ke hospital untuk mendapatkan kepastian..tetapi jawapan yang kami perolehi daripada doktor ialah..ia perkara biasa. Adakah normal ape yang dialami oleh adik saya. Di harapkan doktor dapat memberi penjelasan. Terima kasih.”

 Jawapan:
Apabila seorang remaja wanita sudah mencapai umur 16 tahun, tetapi tidak pernah datang haid, dan telah menunjukkan sifat kewanitaan, ia bukanlah perkara yang normal.
 Keadaan ini dinamakan amenorrhea primer.
 Kebanyakan kanak-kanak perempuan mula mengalami haid antara umur 9 dan 18 , dengan purata berusia kira-kira 12 tahun.
 Banyak punca berlaku hal sebegini, antaranya termasuk:
  1. Pangkal rahem atau serviks yang terlalu sempit
  2. Selaput dara yang terlalu kenyal dan tidak berlubang
  3. Tidak mempunyai rahem atau faraj
  4. Keadaan faraj yang mempunyai sekatan
  5. Keluarga tidak menyedari beliau hamil
 Hormon memainkan peranan yang besar dalam kitaran haid wanita . Masalah hormon boleh berlaku apabila :
  1. Perubahan yang berlaku kepada bahagian-bahagian otak di mana hormon yang membantu menguruskan kitaran haid tidak dihasilkan
  2. Kelenjar ovari tidak berfungsi dengan betul
 Adakalanya ia disebabkan oleh:
  1. Kecenderungan remaja perempuan itu untuk tidak makan untuk menurunkan berat badan (Anorexia)
  2. Mengalami penyakit kronik , seperti cystic fibrosis, TB atau penyakit jantung
  3. Mengalami kecacatan genetik
  4. Mengalami jangkitan dalam rahim
 Dalam banyak kes , punca amenorea utama tidak diketahui kerana remaja wanita itu tidak menjalani pemeriksaan yang sempurna.
 Saya mencadangkan agar adik perempuan melakukan pemeriksaan fizikal dan dan hormone dalam darah.
 Ujian hormone dalam darah itu termasuk :
  1. estradiol
  2. FSH
  3. LH
  4. prolaktin
  5. TSH
  6. T3 dan T4
 Ujian-ujian lain yang boleh dilakukan, jika perlu termasuk:
  1. Hormone 17 hydroxyprogesterone
  2. analisa kromosom
  3. CT scan kepala
  4. MRI kepala
  5. ultrasound pelvik
  6. hormone progresterone
 Jadi saya mencadangkan agar adik perempuan puan segera melakukan pemeriksaan dengan doktor wanita.

Wanita dan Kesihatan

 
Wanita dan kesihatan adalah topik yang sering menjadi perbualan di kalangan rakyat Malaysia. Berbanding lelaki, tubuh wanita mengalami perubahan yang besar apabila melalui peringkat remaja, dewasa sehingga menjadi seorang ibu dan akhirnya ke usia emas.

Keperluan pemakanan mereka pada setiap peringkat kehidupan ini juga berbeza. Perubahan fisiologi dan biologi yang dialami sering dikaitkan sebagai faktor yang mendedahkan wanita kepada ancaman kesihatan. Ini boleh dilihat daripada pertambahan jumlah wanita yang mengalami osteoporosis, obesiti, diabetes, penyakit jantung dan kanser.

Kerisauan memikirkan ancaman kesihatan ini akan memberikan kesan kepada emosi dan fizikal wanita. Apabila emosi mereka terganggu, mereka tidak akan dapat menumpukan sepenuh perhatian kepada tanggungjawab mereka yang lain seperti keluarga serta kerja.

Selain waktu tidur yang terganggu, mereka juga mungkin hilang selera makan. Secara tidak langsung, fizikal mereka juga akan mengalami perubahan seperti penurunan berat badan yang mendadak.

Golongan wanita berdepan dengan pelbagai masalah kesihatan di peringkat berlainan sepanjang umur mereka. Kebanyakannya terlalu bimbang terhadap serangan penyakit barah khususnya barah payudara dan pangkal rahim.

Seiring dengan kebimbangan itu, ramai yang semakin prihatin terhadap langkah atau mengambil usaha untuk mencegah penyakit itu.

Bagaimanapun, wanita juga harus sedar, selain penyakit barah, masih banyak lagi penyakit lain yang menjadi punca kematian tinggi di kalangan wanita dalam lingkungan usia 20 hingga 60 tahun di Malaysia.

Tekanan darah tinggi, sakit buah pinggang, diabetes, hipertensi dan sakit jantung juga adalah antara pembunuh wanita. Walau apa pun jenis penyakit, prinsip paling penting yang perlu diketahui semua individu bagi mengelakkan penyakit berisiko itu adalah melalui kaedah cegah sebelum parah dan kawal apabila kena.

Terdapat penyakit tertentu menyerang wanita disebabkan keturunan dan malangya, ini tidak dapat dielakkan. Tetapi, apa yang boleh wanita usahakan adalah menangguh kehadiran penyakit itu.

Bagi mencegah sebelum parah, langkah pencegahan utama seperti membabitkan diri dengan aktiviti kesihatan boleh dilakukan. Antara langkah pencegahan sampingan pula termasuk mengesan penyakit pada peringkat awal, sebelum penyakit itu merebak dengan serius.

Sehubungan itu, sangat penting bagi golongan wanita dan keluarga memahami isu ini untuk memudahkan langkah pencegahan sewajarnya.

Kesihatan merangkumi aspek fizikal atau tubuh badan, mental dan daya pemikiran, emosi dan psikologi serta jiwa dan rohani. Setiap aspek ini patut dititikberatkan sama rata untuk mencapai keseimbangan dan kesempurnaan kesihatan kita. Malah ramai di kalangan kita yang tidak mengambil berat atau tidak peduli langsung mengenai kesihatan diri sendiri.

* Persekitaran: Perubahan persekitaran boleh memberi kesan kepada tubuh wanita. Pastikan anda sentiasa dikelilingi persekitaran yang positif. Ini boleh membantu cara pemikiran anda sekaligus mendorong anda untuk lebih menitikberatkan aspek kesihatan dan gaya hidup yang baik.

* Pemakanan: Wanita harus tahu bagaimana untuk mengawal cara dan corak pemakanan diambil setiap hari, jika tidak ia akan memberi kesan pada kesihatan pada masa akan datang. Pemakanan yang seimbang dan teratur penting bagi seorang wanita memastikan kesihatan yang optimum dan seterusnya dapat menjalankan kewajipanya sebagai isteri, ibu, pekerja dan ahli masyarakat.

* Mengawal stres: Komitmen kepada kerja dan tanggungjawab terhadap keluarga boleh menyumbang kepada stres di kalangan wanita. Umum mengetahui, stres menyumbang kepada pelbagai penyakit di kalangan wanita mahupun lelaki. Untuk mengawal stres, wanita harus tahu bagaimana untuk membahagikan masa antara kerja, keluarga dan diri mereka sendiri.

Salah satu cara yang paling baik adalah untuk menjauhkan diri daripada tekanan harian. Luangkan masa untuk bercuti dan beriadah. Ini amat baik untuk mengembalikan semula tenaga mereka.


Info : http://anizyn.blogspot.com/2012/04/wanita-dan-kesihatan.html

Panduan Makanan Untuk Kesuburan Wanita


Apakah makanan terbaik bagi wanita yang belum hamil untuk menguatkan rahim, memperbanyakkan telur matang, subur dan cepat hamil? Apakah pula jenis makanan yang harus dielakkan oleh wanita yang belum hamil demi menjaga kesuburan, telur dan rahim?

Saya juga ingin tahu mengenai makanan terbaik untuk ibu hamil dan makanan yang harus dielakkan oleh mereka. Adakah sebarang vitamin untuk ibu hamil bagi mendapatkan anak bijak dan sihat sejak dalam kandungan lagi?

Jawapan

Pemakanan segar dan berkhasiat yang diambil berpandukan keperluan kalori serta mengikut piramid makanan adalah pilihan terbaik.

Istilah ‘menguatkan rahim’ adalah tidak tepat atau pasti kerana rahim terbentuk daripada tiga lapisan otot yang sememangnya kuat untuk mengembang sepanjang kehamilan dan mengecut sewaktu kelahiran serta kembali kepada saiz asal dalam waktu berpantang.

Mungkin apa yang dimaksudkan adalah lapisan terdalam rahim yang menyalurkan makanan kepada kandungan. Sewaktu kehamilan, lapisan endometrium ini dinamakan desidua, namun kemudiannya bekalan makanan janin bergantung kepada uri dan ibunya. Begitu juga dengan persoalan mengenai makanan yang membanyakkan telur matang. Wanita dilahirkan dengan sejumlah telur yang tidak akan bertambah lagi bilangannya. Pada setiap kitaran haid bagi wanita subur, hanya satu sahaja telur matang manakala sekumpulan yang lain akan mengalah dan pupus. Keadaan ini berlaku sehingga menopaus yang mana tiada lagi telur dikeluarkan.

Pengambilan ubat hormon kesuburan bertindak merangsang kumpulan telur supaya lebih banyak yang matang, bergantung kepada jenis dan dos ubat hormon berkenaan. Tanpa ubat hormon kesuburan, ramai wanita subur ini hanya menghasilkan satu sahaja telur matang. Bagi wanita yang kurang subur ovarinya pula, tiada telur matang dihasilkan dalam kitaran terbabit.

Segelintir wanita yang tidak mengambil ubat kesuburan didapati hamil kembar (tidak seiras), ia lebih banyak berlaku kepada wanita yang berusia, tanpa mengira pemakanan mereka.

Amalan mengelakkan makanan ‘tajam’ atau ‘sejuk’ juga lebih berdasarkan kepercayaan masyarakat, kesahihannya dari sudut perubatan moden belum terbukti.

Pada pendapat saya, tidak salah mengelakkan makanan terbabit sewaktu kehamilan memandangkan ia bukan makanan ruji kita iaitu tidak menjadikan kita kempunan atau kebuluran jika tidak mengambilnya.

Keperluan vitamin juga seharusnya mengikut kadar yang telah digariskan. Bagi sesetengah vitamin (yang bersifat larut air), pengambilannya yang berlebihan dianggap pembaziran kerana ia akan dilupuskan menerusi air kencing atau najis.

Namun bagi sesetengah vitamin lain (yang bersifat larut lemak), pengambilannya yang berlebihan boleh memudaratkan dan memberi kesan negatif kepada sifat janin, contohnya vitamin A.

Saya percaya, amalan kesederhanaan perlu dititikberatkan dalam aspek kehidupan kita termasuk dalam pengambilan makanan. Anak yang sihat dan bijak tidak semestinya datang daripada formula makanan ibunya. Tidak semua adik-beradik sesuatu keluarga (yang dikandung dan dibesarkan oleh ibu yang sama) mempunyai tahap kepintaran yang sama.

Bersama profesor Dr. Nik Hazlina Nik Hussain
Penyelaras Unit Perkembangan Kesihatan Wanita (Pakar Obstetrik & Ginekologi)
Pusat Pengajian Sains Perubatan Kampus Kesihatan Universiti Sains Malaysia Kubang Kerian, Kelantan.

Info : http://anizyn.blogspot.com/2013/10/panduan-makanan-untuk-kesuburan-wanita.html

Lima Bulan Tanpa Haid

SAYA mengalami masalah haid tidak teratur selepas berhenti mengambil ubat perancang setahun lalu. Ada kalanya empat hingga lima bulan saya tidak didatangi haid.

Saya ke klinik swasta dan kerajaan untuk membuat pemeriksaan malangnya cuma diberi ubat tahan sakit dan ubat pembersih air kencing saja.

Saya membeli ubat hormon untuk mengeluarkan haid di farmasi berhampiran. Baru-baru ini saya membeli ubat hormon itu kerana sudah empat bulan tidak didatangi haid. Namun, haid saya tidak keluar dan saya mengalami sakit yang teramat sakit di sekitar pinggang dan perut saya.

Apakah punca haid tidak teratur? Adakah saya boleh mengambil ubat hormon terbabit untuk mengeluarkan haid sekali lagi selepas saya mengambilnya seminggu lalu?


Apakah kesannya terhadap rahim saya? Adakah saya boleh mengandung lagi disebabkan haid tidak teratur itu?


JAINAH,
Kuala Lumpur.


HAID tidak teratur mempunyai beberapa punca berbeza, salah satu yang lazim adalah disebabkan oleh gangguan ovulasi (pengeluaran telur).

Ubat hormon yang diberikan untuk mengeluarkan haid kebiasaannya mengandungi hormon progestin yang menyerupai hormon progesteron tubuh kita.

Hormon progesteron hanya dihasilkan mencukupi setelah berlakunya ovulasi. Maka, ubat hormon progestin diberikan untuk menggantikan kekurangan hormon progesteron pada kitaran terbabit. Anda perlu berjumpa doktor pakar sakit puan untuk mengetahui punca haid tidak teratur yang anda alami dan pada masa sama, mengesan kemungkinan terdapat penyakit berkaitan kesuburan dan sakit lain seperti sakit perut atau pinggang yang anda alami.

 http://petuapakar.blogspot.com/2011/06/soal-jawab-lima-bulan-tanpa-haid.html

Panduan Menjaga Kebersihan dan Kesihatan Bahagian Intim Wanita

 
Wanita dan bahagian peribadinya tidak boleh dipisahkan. Ia berkaitan dengan fungsi seksual, haid dan reproduktif. Penjagaan alat sulit ini penting bagi kesihatan wanita untuk jangka panjang.


Kesihatan bermula dari kebersihan

Bagi wanita yang telah berkahwin, penyakit kelamin menjadi ancaman dalam hidup mereka. Ini kerana aktiviti seks bersama pasangan memerlukan tahap penjagaan organ seks ini lebih tinggi. Jika diabaikan kesihatan ini, mereka boleh mendapat penyakit kelamin yang disebabkan oleh jangkitan virus, kuman, bakteria ataupun kulat. Antara penyakit kelamin yang biasa dihidapi adalah seperti Aids, Herpes, Hepatitis B, Gonorrhoea, jangkitan kulat, ketuat kelamin dan kutu ari-ari.


Di kalangan wanita yang belum berkahwin pula, pada kebiasaannya mereka mengalami masalah keputihan. Keputihan adalah cecair atau lendir daripada alat sulit wanita. Keputihan yang normal tidak berbau dan tidak gatal. Tetapi lelehan keputihan yang banyak, berbau, gatal, warna kuning dan ada kalanya kehijauan, ia menandakan berlaku jangkitan bakteria, perasit atau virus.


Wanita yang mengalami masalah pada alat sulitnya sering berasa gelisah, runsing dan rasa rendah diri. Ia akan menjejaskan keyakinan diri apabila berhadapan dengan orang ramai. Mereka akan berasa kurang selesa untuk berada lama di tempat awam kerana bau dan kegatalan bahagian peribadinya menyebabkan mereka ingin menjauhkan diri. Sebagai langkah pencegahan, setiap wanita perlu menjaga kebersihan diri terutama bahagian peribadinya. Oleh kerana bahagian peribadi wanita selalu lembap disebabkan berpeluh, lalu bakteria juga mudah membiak dan ia boleh mendatangkan bau yang tidak dikehendaki.


Di sini, beberapa tips dan panduan untuk menjaga kebersihan dan kesihatan alat sulit wanita atau vagina:

1. Cuci tangan sehingga bersih.
2. Cuci bahagian luar alat sulit dengan air bersih sudah memadai.
3. Gunakan waktu mandi dan membuang air untuk membersihkan alat sulit.
4. Gunakan air bersih untuk mencuci.
5. Gunakan sabun khusus jika perlu.
6. Gunakan seluar dalam yang sentiasa bersih.
7. Pakai seluar dalam yang selesa.
8. Pilih seluar dalam daripada kain kapas.
9. Gunakan pantyliner atau tuala wanita nipis bagi mereka yang mempunyai masalah keputihan.
10. Potong atau cukur rambut pada bahagian peribadi untuk mengelakkan perpeluhan berlebihan dan pembiakan bakteria.
11. Pastikan alat pencukur atau gunting itu bersih.
12. Elakkan mengguna seluar dalam orang lain.
13. Sebaik-baiknya gunakan air suam untuk pencucian.
14. Sewaktu haid, gunakan tuala wanita yang sesuai.
15. Ganti tuala wanita beberapa kali sehari.
16. Selepas membersihkan bahagian sulit, keringkan dahulu kemudian barulah pakai seluar dalam.
17. Menyembur ataupun memercikkan air ke dalam vagina (menggunakan alat/produk yang dijual atau botol khusus) untuk membersihkan bahagian dalam alat sulit wanita tidak digalakkan. Dapatkan dahulu nasihat daripada pihak yang arif (seperti ahli farmasi) tentang cara penggunaannya.
18. Anda boleh gunakan air sirih (rebus beberapa helai dauh sirih) untuk membersihkan alat sulit.
19. Elakkan mengguna produk haruman seperti bedak dan pewangi pada vagina. Ini kerana keseimbangan pH dalam vagina sangat sensitif.



Sebenarnya vagina wanita mempunyai mekanisme semulajadi untuk membersihkan diri. Maka pembersihan pada bahagian luar alat sulit sudah memadai. Sekiranya terdapat tanda-tanda seperti gatal, keputihan berlebihan, berbau, sakit atau bengkak pada alat sulit, pergilah berjumpa doktor. Jika dibiarkan, ia boleh menjejaskan kesihatan, tahap reproduksi dan seksualiti wanita.



Walau bagaimanapun, terdapat banyak produk-produk herba yang bermutu tinggi telah dihasilkan khusus untuk penjagaan kesihatan vagina wanita. Di antaranya produk keluaran MayFirst Gold seperti Manjasuci Wash, Manjasuci Gel dan Sireh Suci. Juga terdapat produk istimewa, Manja Kacip. 
Info :  http://sesaljubayu.blogspot.com/2011/07/panduan-menjaga-kebersihan-dan.html

Haid Selama Tiga Minggu

SAYA berumur 23 tahun dan belum berkahwin. Saya mengalami haid tanpa henti sejak tiga minggu lalu, biasanya haid saya hanya tiga hingga lima hari.
Kali ini, selepas satu setengah minggu, haid saya berhenti kemudian selepas dua hari, saya didatangi haid semula dalam kuantiti yang banyak.
Saya bekerja sebagai kerani akaun dan menghidap tekanan darah rendah. Apakah yang harus saya lakukan?

KALA,
Kuala Lumpur

ANDA perlu berhati-hati dalam keadaan ini. Sewaktu pendarahan banyak, aliran darah tubuh boleh berkurangan sehingga menyebabkan kesan seperti tidak bertenaga malah mungkin pitam akibat tekanan darah rendah, lebih-lebih lagi jika berdiri dalam tempoh yang lama. Minum air secukupnya boleh membantu mengekalkan isi padu aliran darah buat sementara waktu.

Walaupun ini pertama kali berlaku dan mungkin tidak berulang, eloklah anda menjalani pemeriksaan doktor. Haid yang banyak dinamakan menoragia manakala haid banyak dan berpanjangan pula dinamakan polimenorea.

Terdapat beberapa penyebab keadaan ini. Walaupun kebanyakan penyebabnya tidak berbahaya, pendarahan berterusan boleh menyebabkan kekurangan darah (anemia) dan komplikasi lanjut contohnya terhadap jantung.

http://petuapakar.blogspot.com/2011/07/soal-jawab-haid-selama-tiga-minggu.html
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...